“D0akan Yang Baik-Baik Untuk Saya” – Nad Zainal

Pelakon, Nad Zainal meminta orang ramai terus mend0akannya untuk mengekalkan imej baharunya yang berhijab.“Keinginan saya untuk berhijab sebenarnya timbul sejak dua tahun lalu.

“Saya tak nak cakap banyak kalau boleh tak nak cerita pasal penampilan terbaru cuma apa yang saya boleh katakan adalah d0akan yang terbaik buat saya. Saya masih lagi belajar.“Saya masih ada dua kerja, satu filem dan satu lagi drama yang memerlukan saya untuk tidak berhijab yang telah saya persetujui sebelum ini.

“Jadi saya tak boleh nak komen banyak mengenai perkara ini cumanya saya gembira dengan apa yang saya pakai dan saya berharap saya dapat teruskan di masa hadapan,” jelasnya ketika ditemui Gempak.Dalam pada itu, ditanya mengenai tawaran berlakon yang mungkin ada sesetengah pihak beranggapan sukar untuknya mendapatkan watak selepas ini, Nad berkata dia percaya pada rezeki.“Saya rasa mungkin ada sesetengah produser atau pengarah yang merasakan sus4h untuk memberi watak jika seseorang pelakon itu sudah berubah penampilannya.

“Cumanya untuk saya sendiri saya rasa perkara itu tidak akan jadi masaIah. Lagipun saya lihat ramai sahaja pelakon berhijab masih mendapat watak yang bagus contohnya seperti Noorkhiriah.“Saya pun masih lagi baru belajar dan bukanlah secara tiba-tiba itu tak boleh ini tak boleh. Kita perlahan-lahan.“Saya pun tidak mahu memberikan kesuk4ran kepada pihak produksi, kita sama-sama boleh berbincang mengenai perkara ini,” ujarnya.Penampilan terbaharunya itu mendapat respon positif netizen dan rata-ratanya tertanya-tanya sama ada Nad sudah berhijrah memakai tudung.

Leave a Comment