”Saya Ada Banyak Cinta Untuk Dik0ngsi”, – Akhirnya Penyanyi Shila Amzah Buat Keputusan Ini

Penyanyi Shila Amzah mendedahkan yang dia tidak akan pernah berhenti untuk berhubungan dan mencari cinta sejati.“Jika ditanya pada mana-mana manusia sekalipun berkenaan dengan perkahwinan, perhubungan, untuk memiliki anak sekalipun, kita tidak akan pernah bersedia. Sebab benda-benda itu sukar untuk dijangka.

“Contohnya, kamu bersedia untuk bertemu dengan orang A, namun yang datang kepada kamu orang B. Jadi bagaimana? Bagi saya, tertakluk pada prinsip dalam hidup iaitu bukan semua orang sama.“Begitupun, kalau jodoh datang pada saat dan ketika itu, saya terima dengan hati dan tangan yang terbuka. Tapi dalam masa sama, saya akan lebih berhati-hati,” katanya kepada Gempak.

Walaupun perlu berhati-hati dalam perhubungan, ia tidak membuatkan Shila berhenti daripada menjalinkan hubungan cinta.“Sebab saya suka dilamun cinta! Berada dalam alam percintaan memberikan rasa yang sangat indah. Tapi sudah tentu ia datang dengan halangan juga kan.“Saya ada banyak cinta untuk dikongsikan dan ia membuatkan fikiran kita hidup,” katanya.

“Kalau nak katakan saya mahu tamatkan zaman solo saya as soon as possible… no, itu tidak. Saya tengah nak enjoy sort of my single life. Selagi saya belum berkahwin saya anggap saya single,” katanya sambil tertawa.Untuk rekod, Shila dan bekas suaminya Haris Idraki Elias mendirikan rumah tangga pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia setahun.Namun, jodoh bersama tidak panjang, Shila mengesahkan sudah bercer4i dengan suaminya Haris Idraki Elias, pada awal Februari lalu.

Sumber : gempak

Leave a Comment