”Berlakon Cur4ng Saya Tak Kisah” – Ramai Terkejut Jawapan Aidit Noh, Bila Ditanya Soalan Ini

PELAKON Aidit Noh mendedahkan dia tidak pernah memberitahu isteri sekiranya melakonkan sebarang babak mesra ketika berada di set penggambaran.

Aidit atau Ahmad Aidit Noh, 30, berkata, dia sebenarnya risau apabila memikirkan perasaan isterinya selepas menonton babak mesra dirinya bersama pelakon wanita.

Ini termasuklah projek terbaharu iaitu Isteri Halal yang memperlihatkan Aidit membawa peranan sebagai seorang lelaki bersikap curang selain perlu melakukan beberapa babak ‘panas’ dengan pelakon Uqasha Senrose.

“Cabaran pertama melakonkan watak ini sudah tentu isteri saya. Masa berbincang berkenaan watak tersebut saya dikatakan bakal membawa peranan sebagai lelaki baik.

“Rupanya tidak… Kalau berlakon cur4ng saya tak kisah tetapi ini sampai ke atas katil. Saya pun takvt dengan isteri saya ni (sambil tertawa). Kadang-kadang tu memang isteri saya ada berpesan janganlah lebih-lebih kalau berlakon.

“Cuma kita tidak perlulah beritahu setiap babak yang akan dilakonkan bersama pelakon wanita lain.

“Biar dia tengok sendiri dan nanti dia akan tanya kita juga. Pandai-pandailah saya jawab,” katanya kepada mStar.

Aidit berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Isteri Halal yang diadakan di Z Botanica by Nicsmann, 1 Utama pada Khamis.

Menerusi drama tersebut, Aidit membawakan watak sebagai Zayn yang mengahwini Adellea lakonan Isyariana dan kemudiannya berlaku curang dengan Eyra lakonan Uqasha Senrose.

Menyedari statusnya sebagai suami, dia sebaik mungkin cuba untuk mewujudkan jurang sewaktu melakonkan babak-babak intim dalam drama berkenaan.

Jelas pelakon Dendam Seorang Isteri itu, dia akan berbincang terlebih dahulu denganUqasha sebelum melakonkan aksi mesra.

“Saya akan duduk bersama Uqasha dan bertanyakan kepadanya apakah limitasi yang dia mahukan sewaktu berlakon dan begitu juga saya akan memberitahu apa yang boleh dan tidak boleh saya lakukan sewaktu berlakon bersama.

“Bila kami dah bincang, setiap pergerakan memang saya akan beritahu bagaimana saya mahu lakukannya. Tidaklah saya terus memegang. Kalau kita tak beritahu, orang pun akan terkejut.

“Jadi disebabkan itu, kami banyak berkomunikasi untuk menghasilkan babak yang nampak real walaupun hanya bermain dengan shot sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aidit memberitahu dia juga sudah bersedia menerima reaksi mahupun kecaman daripada netizen berhubung watak berkenaan.

“Perkara ini saya tidak boleh nak elak tapi saya dah bersedia dengan kec4man netizen.

“Sebenarnya saya ambil watak ini untuk berikan pengajaran kepada penonton. Kita ambil secara positif dan bukannya negatif,” katanya.

Selain Aidit, drama Isteri Halal turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Nazim Othman, Aishah Atan, Riz Amin dan ramai lagi.

Isteri Halal akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 27 Februari 2023, pukul 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment