Tk Dapat Berlakon Dalam ‘Kampung People 3’, Pelakon Hun Haqeem Akhirnya Beritahu Apa Yg Dia Rasa

KETIADAAN pelakon Hun Haqeem dalam drama bersiri Kampung People 3 mengundang pertanyaan ramai peminat.”Sejujurnya, mestilah saya rasa sangat s3dih dan atas sebab-sebab tertentu saya pilih untuk tidak menjawab tentang ketiadaan saya itu.

“Apa sebab saya tak terlibat dalam musim ini mungkin ia adalah satu keputusan yang terbaik untuk semua,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Hun meluahkan rasa terharu apabila menerima komen daripada penonton yang memintanya untuk kembali membintangi siri berkenaan.

“Saya terharu dengan komen-komen yang diterima. Ramai yang mahukan Jekfer dalam siri itu. Saya tidak sangka watak tersebut begitu memberi impak kepada orang ramai.”Sayangnya kali ini watak Jekfer tidak ada dalam drama siri popular itu.”Mungkin selepas ini peminat masih dapat menonton Jekfer lagi. Siapa tahu jika mereka boleh tonton Jekfer di layar perak pula,” ujarnya.

“Saya memang banyak menerima komen peminat kec3wa dengan ketiadaan Jekfer sehingga ada yang mengatakan tidak mahu menonton siri itu.“Kalau boleh janganlah begitu, teruskan menonton Kampung People 3 kerana saya tahu mereka sudah bekerja keras untuk memberikan yang terbaik menerusi musim terbaharu ini,” katanya.Untuk rekod, nama Hun Haqeem menjadi sebutan selepas berjaya menambat hati penonton menerusi watak Jekfer dalam drama Kampung People yang ditayangkan pada Januari 2020.Drama fenomena itu turut dibintangi Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Fizz Fairuz dan Namron.

Sumber : mstar

Leave a Comment