”Kita Akn Bahagia Brsma Org Yg Tepat”, – Intan Salleh ‘P0st’ Video Dengan Suami Tarik Perhatian Netizen

Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Intan Liana Salleh selamat bergelar isteri kepada jejaka yang dikenali sebagai Aizam Yahya pada 21 Disember tahun lalu. Meskipun begitu, kini pasangan sama cantik sama padan itu semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata lelaki mereka pada awal September.

Satu klip video ini pula bagaimanapun membuatkan ramai peminat dan netizen hadir untuk meninggalkan pelbagai reaksi apabila rata-ratanya tumpang gembira melihatkan Intan Salleh kini begitu bahagia dengan suami dan anak-anaknya.

Usahawan selebriti, Intan Liana Saleh,36, selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Mohd Aizam Yahya,25, pada Selasa dengan sekali lafaz.Majlis perkahwinan telah dilangsungkan sederhana tetapi meriah di sebuah premis acara di Jalan Ampang, kira-kira jam 9.00 malam.Menurut Intan, Aizam seorang penjawat awam dan dia terbuka hati untuk kembali bergelar isteri selepas melihat keikhlasan serta keserasian lelaki itu terhadap dua anak lelakinya.

“Sejujurnya kami membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas enam bulan berkenalan. Kami diperkenalkan menerusi kawan-kawan sebelum ini.Rakaman video yang menerima 17 ribu tanda suka ini memaparkan Intan Salleh memegang anak lelakinya manakala suami pula menyuap makanan. Ternyata saat gembira pasangan berkenaan membuatkan ramai bahagia dan bersyukur personaliti media sosial ini tersenyum disisi suami.‘Indahnya kalau ada yang memahami, kita lapoo dia suap hiks,’ ujar Intan Salleh dan menjengah ke ruangan k0men, peminat memberitahu kegembiraan Intan Salleh itu menunjukkan, ‘kita akan bahagia bersama orang yang tepat.’

 

Leave a Comment