”Sekarang Ini Saya Ada Satu MasaIah”, – Penyanyi Jaclyn Victor Akhirnya Buka Cerita Selepas Berjumpa D0ktor

Penyanyi Jaclyn Victor mendedahkan dia berhadapan cabaran ketika merakamkan lagu terbaharu berjudul Perempuan apabila suaranya tidak berada dalam keadaan baik ketika sesi rakaman pada Jun lalu.

“Saya rek0d Perempuan pada bulan Jun, mula-mula saya dengar d3mo saya dah jatuh cinta dengan melodi dan lagu ini agak menc4bar.

“Ada dvgaan yang saya ingin k0ngsikan, kali pertama waktu sesi rakaman, suara saya agak kas4r disebabkan beberapa hari sebelum masuk studio saya ‘oversing’ (terlebih nyanyi), tapi pihak komposer minta teruskan juga.

“Selang beberapa hari saya kembali ke studio untuk buat sekali lagi rakaman lagu Perempuan, saya cakap dalam hati mungkin saya terlalu pen4t sehingga saya rasa lagu ini agak susah untuk dinyanyikan.

“Bila masuk kali yang ketiga barulah saya dapat kepuasan untuk lagu Perempuan ini, komposer pun puas hati dan kemudian hanya tunggu lagu itu diproses untuk disiapkan sepenuhnya,” k0ngsi Jac ketika ditemui Gempak baru-baru ini.

“Sekarang ini saya ada satu masaIah baru yang baru saya notis empat hingga lima minggu lepas, kalau suasana terlalu sejuk suara saya bila nyanyi automatik jadi sengau.

“Bila ada jemputan nyanyian dekat beberapa rancangan, penghawa dingin yang dipasang agak kuat, saya memang tak tahan.

“Saya ada juga mendapatkan rawatan untuk pastikan keadaan saya ini baik atau sebaliknya, doktor cakap tidak begitu serius tetapi perlu buat rawatan susulan. Doktor ada bagi juga beberapa ubat untuk saya makan.

“Sekarang ni saya akan lebih s3nsitif dengan keadaan sekeliling saya supaya kesihatan saya terjaga dan begitu juga suara saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Jac bakal tampil di Konsert Rakyat Melaka anjuran Jojo Events pada 3 September depan. Selain Jac, turut memeriahkan konsert dengan penampilan penyanyi Datuk Ramli Sarip, Datuk Jamal Abdillah, Ella, kumpulan Alleycats, Datuk DJ Dave, Kugiran Masdo, Ernie Zakri dan Syamel.

K0nsert yang bakal diiringi secara orkestra dari Institut Warisan Melaka itu akan diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC) bermula 6 petang hingga 12 tengah malam.

Tiket K0nsert Rakyat Melaka berharga antara RM50 dan RM100 sudah mula dijual bermula 10 Ogos, menerusi RedTix.

Sumber : gempak

Leave a Comment