“Sebagai Selebriti, Saya Kena Sentiasa Menjaga Penampilan,” , -Hael Husaini

Penyanyi Hael Husaini enggan mengulas berhubung k0men ditinggalkan pada sebuah p0sting Instagram milik aktor Thailand, Gulf Kanawut yang pernah melakonkan drama hubungan sej3nis.Hael berkata, dia mempunyai pasukan yang bertanggungjawab menjaga gaya dan penampilannya sekali gus kelihatan lebih menyerlah berbanding sebelum ini

“Dengan adanya bantuan penata gaya, peluang untuk saya bekerjasama dengan jenama antarabangsa semakin terbuka luas.“Saya pun tidaklah terlalu 0bses dengan kecantikan. Cuma, sebagai selebriti, saya kena sentiasa menjaga penampilan,” katanya.

Sementara itu, timbul juga d4kwaan penyanyi lagu Jampi itu sukar dihubungi media apabila terpalit kontr0versi namun dia men4fikan tudvhan tersebut.“Rakan wartawan masih kawan saya. Alasan kenapa sukar dihubungi kerana saya sudah empat tahun tidak mempunyai telefon bimbit.“Saya juga jarang menggunakan media sosial. Segala kemas kini dalam media sosial diuruskan syarikat pengurusan. Jadi, sebarang urusan temubual juga diuruskan mereka.

“Saya selesa cara ini kerana mereka hanya memaklumkan perkara penting yang membabitkan soal kerja.“Segala komen negatlf juga akan tapis. Bukanlah nak kata saya kalis kec4man, tetapi saya seorang yang cepat runslng.“Jadi, lebih baik saya tidak membaca atau mengambil tahu k0men negatlf. Saya mahu lebih fokus pada kerjaya,” ujarnya.

Sumber : BH Online

Leave a Comment