Penyanyi Usop K0ngsi Isteri Selamat BersaIin, Ini Keadaan Anak Lelaki Buat Ramai Mend0akan

Bintang Big Stage 2020, Usop memaklumkan khabar gembira menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya yang diberi nama Muhamad Saif Umar pada lewat malam Khamis.”Alhamdulilah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri saya,” tulisnya ringkas.

Dengan sekali lafaz, penyanyi Usop selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, 25, pada majlis tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Penaga, Pulau Pinang.Majlis pernikahan pasangan itu disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Ustaz Harun Idris berwalikan bapa pengantin perempuan, Md Hashim Nordin.

Berk0ngsi keterujaan pada hari bahagianya itu, Usop atau nama sebenar, Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, berharap mahligai cinta dibina itu kekal hingga akhir hayat.”Harapan saya semoga peminat serta mereka yang mengenali dapat mendoakan kebahagiaan kami hingga anak cucu.

Dalam beberapa siri hantaran Instagram Stories, isteri Usop, Nur Fatihah Md Hashim difahamkan telah dikejarkan ke hospital pada lewat petang Khamis.Malah, Usop turut berk0ngsi fotonya sedang memangku cahaya mata yang baru dilahirkan.Untuk rekod, Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2022 di Penaga, Pulau Pinang.

Leave a Comment