”Dia Masih Jalankan Tanggungjawab”, – Puteri Sarah Akhirnya Buka Mulut

Pelakon, Puteri Sarah Liyana enggan mengulas mengenai hubungan dengan suaminya yang juga merupakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.Malah, pelakon berusia 36 tahun itu berkata dia gembira apabila Syamsul sentiasa meluangkan masa bersama dua cahaya mata mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Dia masih jumpa anak-anak, telefon dan video call dengan diorang. Dan dia masih lagi jalankan tanggungjawab bagi nafkah.”Menurut Sarah sekiranya dia sibuk dengan kerja dan tidak dapat bersama dengan anak-anak, suaminya akan mengambil giliran untuk bersama mereka.

“HamiI lagi ka?”.Itu soal pengguna laman sosial di Instagram pelakon Puteri Sarah apabila dia membuat hantaran gambar yang memperlihatkan bentuk perut seolah-olah ‘baby bump’.Puteri Sarah, 37, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia tidak hamiI seperti diperkatakan sebaliknya mengalami pertambahan berat badan.

“Saya tak hamiI, tapi sekarang memang agak berisi sebab saya sedang bahagia. Doakan semoga Syaikul dan Sumayyah mendapat adik lagi.Dalam pada itu, Sarah berkata dia juga masih mempunyai hubungan baik dengan keluarga mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah serta akan membawa anak-anak ke rumah mereka pada setiap hujung minggu.Jadi bila saya ke sana, dia (Syamsul) akan berjumpa dengan anak-anak.”

Leave a Comment