”Sering Kacau Hidup Saya” – Tak Sangka Ramai Terkejut Anna Jobling Dedah Sesuatu Pasal Meerqeen

Baru-baru ini, timbul lsu yang mend4kwa pasangan pelakon kesayangan ramai, Anna Jobling dan Meerqeen berbaIah.

Susulan itu, Anna Jobling tampil menjelaskan perkara sebenar bahawa dia dan Meerqeen masih berhubungan baik.

Memetik laporan BH Online, Anna menyatakan bahawa hubungannya dengan Meerqeen akrab seperti biasa.

“Setakat ini, saya tidak pernah berteIagah dengan Meerqeen. Kami rapat seperti biasa, memandangkan kembali digandingkan dalam drama Melur Untuk Firdaus musim kedua yang bakal ditayangkan, tidak lama lagi,” kata Anna.

Bukan itu sahaja, Anna turut menjelaskan d4kwaan ini muncul apabila dia dan Meerqeen sedang melakukan siaran langsung (live) di TikTok.

“Saya rasa spekulasi ini timbul berpunca ketika sedang ‘live’ dalam aplikasi TikTok, baru-baru ini. Meerqeen ada mengganggu saya.

“Meerqeen suka bergurau dan sering mengacau hidup saya. Jadi, saya berlakon seperti garang, jadi mungkin dari situ, pengguna Twitter yang mengikuti siaran langsung saIah faham dan menyangka saya tidak suka dikaitkan dengan Meeqeen.

“Bagi peminat mengenali saya, mereka tahu keakraban saya dan Meerqeen, selain kami selalu bergurau,” jelasnya kepada BH Online.

Sumber : BH Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment