”Suka Peluh Eh?” – Ramai Sakit Hati Tengok Lakonan Aliff Aziz Dengan Sophia Albarakbah

Drama rantaian sensasi, Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah sekali lagi mengundang perhatian netizen menerusi tayangan episod 10 di saluran TV3, semalam.

Menerusi akaun Instagram @tv3malaysia, sedutan episod tersebut dimuat naik yang memaparkan babak watak Luth Mikail (Aliff) dan Raisya Hannah (Sophia) sedang melakukan riadah di sebuah taman rekreasi.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh tv3malaysia (@tv3malaysia)

Babak berkenaan memperlihatkan Hannah mengaku dia gemar berpeluh bagi mengekalkan stamina sihat sebelum Luth membuat gurauan meminta isterinya itu ‘merasa’ peluhnya.

Walau bagaimanapun, segelintir warganet meluahkan rasa kurang senang mengenai babak dan dialog diucapkan yang dilihat seolah-olah ‘geli’ untuk ditonton.

Sebelum ini, drama arahan Osman Ali itu terpalit kontroversi di luar set penggambaran apabila Sophia didakwa cuba mengganggu keharmonian rumah tangga Aliff dan isterinya, Bella Astillah.

Isu menjadi semakin panas selepas Bella memuat naik tangkap layar menerusi laman Instagram memaparkan perbualannya bersama individu dipercayai Sophia di aplikasi WhatsApp.

Sumber : Instagram @tv3malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment