Tahniah, Safawi Rasid & Syifa Melvin Baru Je Berkahwin, Ini Kata2 Safawi Pada Netizen

Pernikahan pemain bolasepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid dengan influencer terkenal, Syifa Melvin sememangnya mencvri perhatian media sejak kebelakangan ini.Dalam satu muat naik yang tular di TikT0k, Safawi telah berseloroh mengatakan yang orang ramai sudah tidak boleh mengec4m dirinya dan Syifa kerana mareka sudahpun bergelar pasangan suam isteri.

Dalam video tersebut juga, Syifa dilihat memeluk manja suaminya serta mengatakan, “Ini suami saya”.Sekian lama netizen berteka-teki, semalam berlangsungnya majlis pernikahan personaliti media sosial, Syifa Melvin bersama kekasih hatinya, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid.

Syifa dan Safawi selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya.Bagaimanapun, ada netizen yang kurang senang dengan perkahwinan pasangan itu sehingga ada yang melemparkan kata-kata negatlf terhadap Syifa.Susulan itu, ibu Syifa iaitu Robiah Rahman dilihat ada memuat naik status di Insta Story meminta agar orang ramai supaya mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya.

Robiah turut meminta netizen berhenti mengec4m anaknya serta mengatakan jodoh pertemuan di tangan Allah dan menitipkan pesanan supaya perbanyakkan istighfar jika rasa tidak puas hati.Terdahulu, hubungan percintaan antara Safawi Rasid dan Syifa Melvin kerap diperkatakan walaupun masing-masing memilih untuk mengunci mulut serta mendedahkan kepada umum.Khabar berkenaan diperkukuhkan lagi selepas penyokong pasukan Harimau Selatan menyanyikan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada Safawi sewaktu pemain tersebut berada di atas padang.

Sumber : TikT0k @anglemira.ak

Leave a Comment