Dip3rli Tunjuk Reaksi Wajah Somb0ng Di GV9, Bila Ditegur Netizen, Tengok Jawapan Shila Amzah

Penyanyi, Shila Amzah menepis d4kwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya kerap menunjuk reaksi wajah ‘somb0ng’ ketika menerima k0men-k0men negatlf daripada para juri Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).

“Apa yang boleh saya katakan, orang-orang di Twitter ini ada sahaja perkara yang mereka ingin bangkitkan. Seandainya mereka berani untuk bercakap sebegitu secara bersemuka, saya sangat seronok untuk mendengarnya.

“Saya ini kalau bernafas pun orang akan bercakap. Tak tahulah. Mereka seperti tidak suka kepada saya tapi mengapa, saya okay sahaja,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Memori Tercipta itu berkata sedemikian ketika ditemui usai konsert separuh GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad.

Tambah Shila lagi, pendengarannya sewaktu di atas pentas juga agak terbatas disebabkan ‘ear m0nitor’ yang dipakainya.

“Bayangkan bila kita selesai membuat persembahan, sudah tentu kita penat. Saya ini sejenis bila sedang fokus, wajah saya akan berkerut. Itu wajah fokus saya. Pernah ke saya buat ‘roIIing eyes’ semasa menerima k0men juri? Rasanya tak pernah.

“Ketika penjurian, saya masih lagi memakai ear m0nitor. Suara juri tidak kedengaran di situ. Saya tak sempat nak buka pun. Saya kena fokus betul-betul untuk mendengarnya ketika di atas pentas,” ujarnya lagi.

Semalam, Shila telah membawakan lagu Sang Dewi dendangan asal Titi DJ. Manakala pusingan duet pula, Shila telah bergandingan bersama penyanyi, Jaclyn Victor menerusi lagu Sampai Bila (Misha Omar).

Dua persembahan memukau itu memboleh Shila berada ditempatkan kedua dengan markah 79.20% seterusnya berjaya mara ke konsert akhir Ahad ini.

Selain Jaclyn dan Shila, empat lagi peserta turut berjaya mara ke k0nsert akhir iaitu Bob Yusof, Tomok, Hazrul Nizam dan VE.

Sumber : mh

Leave a Comment